Caption describing picture or graphic.

Text Box:  

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Nya, laman web SMKAM telah berjaya dihasilkan oleh pelajar sekolah ini sendiri.
Laman web ini merupakan platform untuk warga SMKAM dan khasnya ibu bapa serta orang ramai untuk mengetahui perkembangan semasa di SMKAM.
Di samping itu, ia juga merupakan medium terbaik untuk mengabadikan peristiwa yang berlaku sepanjang sesi persekolahan 2006. Sebagai sebuah sekolah menengah orientasikan keagamaan, kita juga tidak ketinggalan dalam arus perdana untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta dasar dan hasrat kerajaan bagi melaksanakan penggunakaan ICT dalam aspek pengurusan dan juga pengajaran dan pembelajaran. 
Syabas diucapakan dan saya berharap agar kecemerlangan pelajar SMKA Melor sentiasa terserlah setanding dengan sekolah-sekolah cemerlang diseluruh negara yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Sekian, wassalam,
HJ. ARIFFIN BIN MOHD AMIN
 

Text Box:  
“REMAJA CEMERLANG NEGARA TERBILANG ISLAM GEMILANG”
Text Box:  
Assalamualaikum. Selamat datang ke laman web rasmi SMKA Melor. Bersyukur kepada Allah kerana kami dapat menyiapkan laman web rasmi ini. Diharap pengunjung berpuas hati dengan maklumat yang tidak seberapa ini. Jika ada sebarang pertanyaan, komen atau cadangan boleh emailkan terus ke webmaster agar kami dapat memperbaiki kelemahan yang ada. Selain itu, para pelawat dijemput memeriahkan forum yang kami sediakan. Disini pelawat boleh berbincang tentang pelbagai perkara yang ingin dibincangkan.Jika anda berminat untuk berkongsi lagu-lagu nasyid untuk dimuatkan dalam laman web ini, anda bolehlah menghantarnya kepada webmaster. Sebelum mengakhiri ucapan ini, kami ingin mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada guru penasihat kami, cikgu Lokman yang banyak membantu kami semasa kami menyiapkan pembikinan laman web ini.
Tidak lupa juga kepada seluruh warga SMKAM. Terima kasih…..
Text Box: Kempen tampal pelekat keselamatan sekolah4hb
Majlis penyampaian anugerah pelajar cemerlang UPSR dan   PMR 2006 peringkat ppd kota bharu15hb
Majlis pelancaran minggu anti dadah23hb
Majlis penutup program tahbibul lughah25hb
Mutiara Kata

Isnin, 17 Mac 2008

11:15

Text Box:

 Home

 Sejarah

 Misi & Visi

 Panorama

 Kurikulum

 Ko-Kurikulum

 Lencana

 Asrama

 Album

 Pentadbiran&

 Staf

 Forum

 Kalendar

 Hubungi Kami

 Webmaster